Friday, October 22, 2021

7 Kunci Rahsia Kejayaan Berkebun Durian

 

7 KUNCI RAHSIA KEJAYAAN BERKEBUN DURIAN
 
 
Durian Musang King atau D197 atau Durian Raja Kunyit menjadi buruan pencinta raja buah kerana kualitinya yang diakui yang terbaik di antara semua jenis durian.

Pada tahun 2017 harga durian Musang King (D197) telah mencecah harga jualan tertinggi
sehingga menjadi RM140.00 sekilogram, oleh itu lebih ramai orang yang telah mula mencari benih tanaman durian ini untuk mula ditanam.

Sebelum mula menanam ini ada sedikit info untuk menanam durian....
.


 
 
✅ Cuaca Sejuk
- pertumbuhan durian terpantas adalah 25°C. Normal <31°C. 🌤

✅Cukup air
- jaga kadar air tanah >20%. 💦

✅ Cukup baja
- organik 3x setahun
- NPK 15/15/15 atau 16/16/16:
• Slow release- 4bulan sekali
• Biasa/Fast Release- 1x sebulan
 
✅ Cukup cahaya
-Jam 8.00 a.m -9.00 a.m | 3.00 p.m-4.00 p.m (waktu liang stomata terbuka) & tunas baru muncul serta memanjangkan tunas
 
✅ Cukup racun perosak
- Guna waktu mendung atau musim hujan sahaja.
- Jika tiada perosak, beralih kepada kawalan organik.
 
✅ Akar serabut tidak terendam air
85% akar serabut:
Kedalaman < 1 meter
Jangkauan jarak mengikut luas kanopi
15% akar tunjang
Menujah ke tanah
Mencari sumber air
💦 jika terendam buat saliran perparitan.
 
✅ Zon akar boleh dikeringkan ketika fasa pembungaan durian.
- cuaca kemarau 3-4minggu untuk pembungaan.
- pengendalian canopy climate untuk keringkan tanah jika hujan. (lakukan selepas hujan).
 
Jika 7 perkara ini diperhatikan, InshaAllah kebun durian anda akan mengikut aturan fasa dengan baik sehingga berbuah ☺️.
 
Sekadar itu sahaja, #SHARE kalau bermanfaat 😊

Sumber : FB

Saturday, July 31, 2021

Memupuk Dahan Durian Dari Peringkat Awal

 Melentur Dahan Biar Dari Asalnya
Pengurusan dahan yang baik bakal menghasilkan pokok yang sihat dan tegap menahan penghasilan buah …


Memupuk dahan dari peringkat awal 


✅ Pemilihan dahan/Batang yang sihat
✅ Prunning tunas air di pangkal awal
✅ Melentur mengikut arah yang sebaiknya [Kami menggunakan konsep menghadap matahari]
✅ Menggunakan peralatan yang sesuai [Getah Tiub + Tali Plastik + Batu Pemberat] 


Setelah lenturan yang kita kehendaki di capai tali akan di buka dan pokok akan terus berkembang dengan baik berdasarkan lenturan yang kita tentutan .. 


🤙 Pokok yang mempunyai laluan angin yang baik dapat menghasilkan pokok yang selamat dari serkahan dan patah serta berupaya menghasilkan buah yang banyak …

Friday, July 16, 2021

KEBUN ATAU DUSUN MINI

KEBUN ATAU DUSUN MINI



1. Tanam pokok durian utk berbagai varieties.
2. Buah2an lain spt Rambutan, Pulasan, Cempedak, Nangka, Dokong, Limau Bali, Limau Sunkist dan sebagainya.
3. Teknik yg dicadangkan "by zon". Bukan tanam rojak2..
4. Pastikan ada punca air atau buat sistem tangki air & piping utk setiap pokok.
5. Penggunaan baja organik pada peringkat awal tanaman.
6. Tambah media "pegang air" utk kesuburan pokok spt sabut kelapa, mulching mat, powerbank pokok dll.
7. Buat ukuran, sketch layout & lakaran point/jenis tanaman sebelum buat tanaman.
8. Pastikan jarak tanaman yg betul & jangan terlalu rapat.
9. Pastikan benih-benih yg berkualiti ditanam.



Selamat Berkebun

Angan Angan Projek Durian Kg Jasa Ulu Chemor

Angan Angan kiraan Projek Durian Kg Jasa Ulu Chemor : Pertanian Satu Perniagaan 

kredit Followmetoeatla


1 Ekar (35 Pokok)
1 Tahun 2 Musim
Sepokok 50biji
Sebiji 2.0kg Gred A
Harga Ladang (Jangkaan)
Musang King RM25/kg
Duri Hitam RM50/kg
Pendapatan Tahunan :
Durian Musang King D197 : RM175,000 @ RM14500.00 sebulan
Durian Duri Hitam D200 :
RM 350,000 @ RM 29000.00 sebulan
Kos Operasi : Less than 10%